Anwar serah kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi


STRATEGI
kempen dan soal persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang akan dibincangkan Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato Onn pada Ahad berkata, semua parti dalam kerajaan juga akan memberi kerjasama untuk memenangkan calon dari parti gabungan kerajaan.

"Walaupun ia banyak melibatkan BN dan PH, kita tetap undang parti-parti yang ada cawangan dan gerakan di semenanjung.
 
"Pimpinan parti yang tidak bertanding akan terus beri kerjasama dan sokongan untuk tunjukkan kerjasama dan kesepaduan dalam Kerajaan Perpaduan.

"Rundingan ini diteruskan, dalam masa singkat wakil PH dan BN akan putuskan pembahagian kerusi, calon, dan juga strategi kempen," katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH ketika bertanya apakah timbul pertikian dalam proses rundingan kerusi turut berkata, kedua-dua pihak tidk aberdepan masalah berhubung agihan kerusi.

Malah jelasnya, beliau menyerahkan kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk memulakan rundingan dan kemudian mengemukakan kepada pusat.

Mesyuarat turut menyentuh isu konvensyen
Pada masa sama, Anwar memberitahu mesyuarat malam tadi turut menyentuh Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei yang menyentuh soal nilai bersamaan dan usaha mereka untuk memakmurkan negara.

Katanya, program sehari itu akan disertai semua pimpinan Kerajaan Perpaduan dan turut mengundang Parti Muda, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

Post a Comment

0 Comments