SIKAP tidak bertanggungjawab sesetengah warganet yang gemar menyebarkan berita palsu sememangnya sukar ditangani.
Seolah-olah satu ketagihan, individu menyebarkan berita palsu terus mencabar pihak berkuasa walaupun amaran dan peringatan telah sering diberikan.
Ia bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sepatutnya berusaha menangani penularan wabak koronavirus terpaksa pula menjelaskan fakta sebenar berkenaan fitnah dilemparkan itu.
![]() |
KKM nafi dakwaan di Facebook |
Kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, memaklumkan rakam video berkenaan adalah latihan simulasi menangani pesakit yang disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) yang dijalankan oleh Hospital Ampang dan bukan insiden sebenar.
“Pihak Hospital Ampang, hari ini menjalankan simulasi MERS-CoV, iaitu hospital terbabit adalah hospital rujukan untuk kes yang disyaki dijangkiti virus berasal dari Arab Saudi itu.
“Orang ramai perlu sentiasa merujuk dengan sumber yang sah di saluran yang betul. Elakkan menjadi penyebar maklumat palsu,” kata kenyataan itu.
Video berkenaan mula tular menerusi aplikasi sembang WhatsApp hari ini mengatakan seorang pesakit dijangkiti 2010-nCoV dimasukkan ke Hospital Ampang.
Minggu ini, 5 individu telah ditahan susulan tindakan tidak bertanggungjawab mereka menyebarkan berita palsu dilaman sosial sehingga membangkitkan rasa resah dikalangan rakyat.
Malangnya, perkongsian mereka itu kemudianya dikongsikan pula oleh pelayar laman sosial yang tidak menyemak kesahihan sesuatu berita yang disampaikan.
0 Comments