ENAM negeri akan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak akan membuka semula sektor ekonomi pada 4 Mei ini.
Memetik laporan Malaysiakini, negeri-negeri itu ialah Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah.
Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti perniagaan pada 8 Mei tetapi mengekalkan sekatan PKP lain, seperti menyekat sebarang aktiviti rekreasi sehingga 12 Mei.
Pahang, Kelantan dan Kedah akan membincangkan sama ada akan membuka semula sektor ekonomi minggu hadapan.
Kerajaan Johor pula dijangka dijangka hanya akan membuat pendirian apabila majlis keselamatan negara bermesyuarat esok.
Terdahulu, pentadbiran Muhyiddin memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan beberapa sektor beroperasi. Bagaimanapun ia tertakluk kepada perubahan selepas itu.
Selangor, Perak dan Negeri Sembilan membenarkan perniagaan dibuka bermula esok, namun tidak akan membenarkan pelanggan makan di restoran.
Negeri Sembilan dan Perak juga tidak membenarkan aktiviti riadah di taman rekreasi awam, namun Selangor membenarkan melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti tetapi kegiatan di taman-taman awam tidak dibenarkan.
Setakat ini, Terengganu adalah satu-satunya negeri yang telah mengumumkan akan membenarkan sektor ekonomi dibuka bermula Isnin.
Pendirian Perlis dan Melaka masih tidak diketahui.
0 Comments