HARAPAN pilih Anwar sebagai calon perdana Menteri


KEPIMPINAN Pakatan Harapan (HARAPAN) sebulat suara memutuskan untuk mencalonkan pengerusinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka pada pilihan raya akan datang.

Gabungan itu - yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan Amanah melalui satu kenyataan selepas retret dua hari mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan yang bermula semalam turut memberitahu, calon perdana menteri mereka itu akan mengetuai jentera gabungan itu bagi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang bakal diadakkan.

“Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh PH dalam mendepani PRU15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah Negara dengan amanah, demokratik dan adil,” menurut kenyataan itu.

Selain dua ketetapan itu, HARAPAN juga memutuskan untuk bersikap terbuka  untuk "rundingan" dan "kerjasama" dengan mana-mana kumpulan.

Walau bagaimanapun, gabungan itu menjelaskan keterlibatan ini pelu berpaksikan pada agenda reformasi HARAPAN dan demi kepentingan umum.

 Anwar ketuai jentera hadapai PRU15
Melalui kenyataan yang dinamakan sebagai "Ketetapan Port Dickson" itu juga HARAPAN menegaskan bahawa mereka menyesali bahawa demokrasi negara telah parah akibat pengkhianatan dan pembelotan politik.

Justeru gabungan itu juga mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan menamatkan darurat.

Post a Comment

0 Comments