Uncle tak perlu tidur di kaki lima lagi

Oleh STEVEN SIM | Sejak kisah Puan Ros, ramai yang mesej saya untuk minta bantuan. Saya janji akan bekerja keras membantu seramai yang boleh.

Semalam ketika berada di Melaka, saya telah terima mesej daripada orang awam bernama Cik Hanis minta saya bantu seorang uncle yang tidur di sebuah pasar awam di Bukit Mertajam.

Saya bergegas pulang dan setiba di Bukit Mertajam jam 2 pagi, saya terus turun mencari uncle tersebut.

Bila saya sampai, Uncle Kanda sudahpun tidur di kaki lima. Sungguh sayu dan tidak sanggup lihat uncle yang umur sudah boleh jadi datuk orang sebegitu rupa. Malam itu juga, saya bawa uncle ke hotel berdekatan. Uncle bagitau saya, dia sudah 6 bulan tak tidur atas katil.  

Saya bagitau Uncle Kanda, mulai hari ini, uncle tak perlu tidur atas jalan lagi. Tidurlah sepuas-puasnya, kita mulakan hidup baru besok.

Pagi tadi saya pergi jemput Uncle Kanda makan sarapan, kemudian shopping di AEON Alma. Pakaian uncle memang sudah terlalu lusuh dan buruk. Jadi kami ke kedai feveret saya, Uniqlo. Beli kemeja baru, seluar baru, tali pinggang, sarung kaki, kasut, semua baru.

Ada pakaian baru mestilah kena set rambut sempoi-sempoi. Uncle siap kata mau style macam Shah Rukh Khan. Saya cakap power saya belum sampai tahap itu. Takat boleh buat dia nampak muda sikit, stylo sikit, itu saya masih mampu.

Lepas tu saya bawa uncle ke klinik untuk buat medical check-up. Hati saya berasa lega dan gembira bila doktor kata BP (tekanan darah), kandungan gula semuanya ok. Cuma ada sedikit isu kulit, tak jadi masalah besar. Doktor beri suntikan dan ubat. Doakan Uncle Kanda akan sembuh segera.

Sejak dari pagi Uncle Kanda berkali-kali cakap tentang motorsikalnya yang kena accident. Saya call boss kedai untuk tanya tentang perkara ini. Sebenarnya, motor itu dah siap dibaiki hampir setahun, tapi sebab tak mampu nak bayar kos RM570, dia tak dapat ambil motor itu.

Uncle kata kalau ada motorsikal, dia bolehlah pergi cari kerja. Setahun dulu dia seorang security guard, tapi oleh sebab kena accident, dia kehilangan kerja. Ok, uncle, kita pi jalan-jalan kat Tanjong ambil balik motor uncle.

Boss kedai yang baik hati siap bagi diskaun, tapi masalahnya, oleh sebab dah lama tak pakai dan motor itu asalnya pun dah agak usang, enjin dia macam kena Covid, sekejap boleh start, sekejap tak boleh start, bila start dia batuk terkahak-kahak. Boss kedai kata enjin memang kena overhaul, kurang-kurang kena bayar RM600 lagi. Total lebih kurang RM1,100. Takpa, saya bayar, asalkan Uncle dapat balik motornya.

Saya juga telah mendapatkan kerja untuk Uncle Kanda sebagai security guard, gaji sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan. Tapi saya bagitau boss tempat kerja, bagi Uncle rehat seminggu dua dulu.

Akhirnya saya bawa Uncle Kanda ke rumah barunya. Sewa bulan-bulan saya dah settle. Dalam pada itu, pejabat saya akan bantu mohon rumah kerajaan.

 Steven Sim gembira dapat bantu uncle Kanda
Mulai sekarang, Uncle Kanda sudah ada rumah baru. Tak perlu bangun sebelum subuh untuk mengelakkan penjaja dan pengunjung pasar awam. Tak perlu tidur tilam basah dan busuk.

Tak perlu mandi di tandas awam. Tak perlu merayau meminta ehsan orang ramai untuk makan dan minum. Maafkan saya kerana lambat sampai, tapi saya janji saya tak akan biarkan Uncle Kanda tidur di kaki lima lagi.

Saya berasa amat gembira kerana, dalam tempoh masa sehari, Uncle Kanda sudah ada rumah baru, kerja baru dan akan memulakan kehidupan baru.


STEVEN SIM ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam berbangsa Cina dari DAP  dan merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Catatan ini luahan kegembiraan beliau dapat membantu ringankan beban seorang pakcik yang kehilangan kerja.

Post a Comment

0 Comments