Kes Adib: Sekarang apa dah jadi, soal Guan Eng


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan perkembangan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, kes itu yang sering dibangkitkan PAS semasa menjadi pembangkang terus sepi setelah sebahagian pemimpinnya kini adalah menteri dan timbalan menteri di dalam kerajaan.

“Sekarang apa dah jadi? Rakyat berhak tahu. Keadilan perlu ditegakkan!

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sekiranya mereka tak berdaya selesaikan isu ini, lebih baik letak jawatan sahaja,” ciapnya dalam satu hantaran Twitter.

Ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN) katanya, PAS lantang menaikkkan kemarahan rakyat dalam kes berkaitan Adib.

Namun berbanding kerajaan disertai PAS, HARAPAN ketika itu jelasnya sekurang-kurangnya telah  melaksana prosiding mahkamah dan inkues bagi mencari punca kematian Adib.

Untuk rekod, pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak dikenali.

Kes kematian anggota bomba itu menjadi antara isu yang dimainkan oleh Umno, PAS serta kumpulan pendesak Melayu.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam satu laporan media pada September 2019 pernah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dan membuka semula kertas siasatan kes kematian lelaki itu susulan keputusan inkues.

 Isu Adib dijadikan modal hentam HARAPAN


Terdahulu, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid meluahkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan menganggap kes anaknya itu bukan masalah kepada negara.


Sehingga hari ini, tiada perkembangan terbaru berhubung kes Muhammad Adib biarpun Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada Februari lalu memberi jaminan akan mengeluarkan keputusan berhubung kes tersebut.


 

Post a Comment

0 Comments