AHLI PARLIMEN Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mempertimbangkan perencanaan khusus bagi pembukaan semula sektor pelancongan domestik.
Merujuk kawasan diwakilinya, Anwar berkata bahawa satu surat telah dihantar kepada Menteri Pelancongan Nancy Shukri bagi mempertimbangkan cadangan berkenaan.
"Saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Menteri Pelancongan Nancy Shukri bahawa Port Dickson memerlukan perencanaan khusus bagi pembukaan semula sektor pelancongan domestik.
"Inisiatif ‘gelembung’ ini mampu memberi impak yang baik kepada masyarakat sekeliling di kawasan-kawasan pelancongan sekiranya ia dipantau rapi dan bersistem," katanya dalam posting di laman Facebooknya.
Anwar yang juga Presiden KEADILAN turut menegaskan bahawa beliau yakin usaha tersebut mampu memberikan kesan ekonomi yang positif.
"Ia sebagai usaha dan upaya kita mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat dalam mempersiapkan negara ke arah fasa pasca kemelut," katanya lagi
Untuk rekod, Negeri Sembilan menjadi negeri pertama di semenanjung beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 24 September.
Merujuk kawasan diwakilinya, Anwar berkata bahawa satu surat telah dihantar kepada Menteri Pelancongan Nancy Shukri bagi mempertimbangkan cadangan berkenaan.
"Saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Menteri Pelancongan Nancy Shukri bahawa Port Dickson memerlukan perencanaan khusus bagi pembukaan semula sektor pelancongan domestik.
"Inisiatif ‘gelembung’ ini mampu memberi impak yang baik kepada masyarakat sekeliling di kawasan-kawasan pelancongan sekiranya ia dipantau rapi dan bersistem," katanya dalam posting di laman Facebooknya.
Anwar yang juga Presiden KEADILAN turut menegaskan bahawa beliau yakin usaha tersebut mampu memberikan kesan ekonomi yang positif.
Sebahagian usaha kembalikan kesejahteraan |

0 Comments