Oleh: Lepas seorang demi seorang kedutaan asing ke negara ini mengadakan kunjungan khormat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan kenegaraan.
Dua tiga hari lepas tujuh kedutaan asing, Qatar, Oman, Yaman, Arab Saudi, Pakistan Afghanistan dan Kwait mengadakan pertemuan dan makan malam bersama Anwar dan isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Hari ini Duta Amerika Syarikat ke negara ini Brian Mcfeeters pula mengunjungi pejabat Anwar. Dalam kesempatan itu mereka berbincang beberapa perkara untuk kepentingan bersama tentunya perihal ekonomi dan kesihatan.
Anwar dihormati pemimpin -pemimpin luar |
Apakah kunjungan dan penghormatan duta-duta asing terhadap Anwar itu mereka mahu mengajar atau memperlikan rakyat negara ini sepatutnya mereka mengangkat Anwar sebagai perdana menteri bukannya pemimpin lain?
Saya terasa seperti itu, anda entahlah.
MOHD SAYUTI OMAR adalah pemerhati politik semasa tanah air yang pernah menghasilkan beberapa naskah buku.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments