KEMELUT politik di Melaka yang berpunca daripada perbalahan dalaman Umno dianggap sebagai “dosa paling besar” parti tersebut terhadap rakyat di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab.
Bercakap dalam satu program di rangkaian Astro Awani, bekas Exco Kerjaraya Pengangkutan dan Kemudahan Awam itu mahu rakyat Melaka menghukum parti tersebut.
“Permasalahan yang berlaku ketika ini adalah disebabkan Umno bergaduh sesama Umno dan rakyat mesti menghukum Umno kerana inilah dosa paling besar Umno terhadap rakyat Melaka.
“Dengan dosa tersebut, saya yakin rakyat akan berikan sokongan kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional,” katanya yang yakin rakyat dapat menilai apa yang berlaku sekaligus memberi sokongan supaya Pakatan Harapan (HARAPAN) kembali mentadbir.
Mengulas lanjut sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) tetap akan diadakan dan peluang gabungan itu kembali mendapat mandat, Sofi menegaskan bahawa HARAPAN tidak semata-mata akan bergantung kepada sentimen rakyat Melaka terhadap Umno untuk menang.
Sebaliknya jelas Sofi keyakinan itu disuarakan susulan keupayaan mereka telah dibuktikan walaupun hanya untuk 22 bulan.
Selasa lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 dan pilihan raya negeri (PRN) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.
Speaker DUN Melaka Ab Rauf Yusoh sebelum itu mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt setelah dipersetujui Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Rustam.
Krisis politik Melaka dianggap berpunca dari Umno |
Walau bagaimanapun cadangan supaya pilihanraya diadakan ditengah pendemik dikritik HARAPAN, mereka turut menolak apa-apa cubaan untuk mengisyhtiharkan darurat di negeri itu.