PEMAIN perseorangan wanita negara S Kisona mengakui terkesan dari segi psikologi dan prestasi susulan kenyataan berbaur perkauman ditujukan terhadapnya semasa kejohanan Piala Sudirman baru-baru ini.
Dipetik laporan media, pemain dirangking 53 dunia itu mengakui sebagai manusia biasa, dia tidak dapat mengelak dari rasa kecewa terhadap kenyataan berbentuk penghinaan itu.
"Namun, saya perlu mengalih fokus pada perlawanan akan datang, saya serahkan kepada keluarga, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menyelesaikan isu ini,” katanya selepas sesi latihan rasmi kedua pasukan di Ceres Arena pada Jumaat.
Ketika disoal isu yang sama oleh media lain kemudian, Kisona tidak dapat menahan air matanya.
Difahamkan, hari ini Kisona dijadualkan menentang pemain tuan rumah Denmark pada perlawanan pembukaan Piala Uber dngan cita-cita memburu kemenangan buat Malaysia.
Terdahulu tindakan seorang ahli politik dari Parti Bersatu mengeluarkan kenyataan 'kurang enak' terhadap pemain berusia 23 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan itu selepas beliau tewas dengan mudah kepada pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi dari Jepun pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman, 2 Okt lepas.
Kenyataan oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama Borhan Che Rahim itu dikecam banyak pihak terutama warganet yang berkesudahan dia meletak semua jawatan dan keanggotaanya dalam parti tersebut dan membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia.
Pihak polis juga difahamkan menjalankan siasatan terhadap individu tersebut mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kisona sedih dihina kerana warna kulit |
“Saya percaya memang selalu ada keadaan yang tidak dijangka macam ini akan berlaku dalam kehidupan seseorang, tetapi saya percaya Kisona sebagai atlet profesional dapat mengatasinya dan belajar daripadanya,” katanya.