SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka dilapor telah bertemu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron.
Ia bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.
Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad dipetik laporan Bernama berkata perjumpaan melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka itu dengan tiga pegawai SPRM diadakan sebuah lokasi di negeri ini pada Khamis.
"Saya mengesahkan kita telah berjumpa dengan beliau (Idris) dan pihak kami telah mengambil beberapa maklumat berkaitan dakwaan berkenaan dan kerjasama yang diberikan adalah baik.
"Ia lebih kepada maklumat awal berkaitan dakwaan itu dan maklumat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk dianalisis dan diperincikan bagi tindakan lanjut," katanya.
Mohd Shahril berkata tiada sebarang dokumen berkaitan dakwaan berkenaan diambil daripada Idris setakat ini.
Idris sebelum ini mendakwa terdapat pemimpin Umno di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir, yang menyebabkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka.
Ia bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.
Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad dipetik laporan Bernama berkata perjumpaan melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka itu dengan tiga pegawai SPRM diadakan sebuah lokasi di negeri ini pada Khamis.
"Saya mengesahkan kita telah berjumpa dengan beliau (Idris) dan pihak kami telah mengambil beberapa maklumat berkaitan dakwaan berkenaan dan kerjasama yang diberikan adalah baik.
"Ia lebih kepada maklumat awal berkaitan dakwaan itu dan maklumat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk dianalisis dan diperincikan bagi tindakan lanjut," katanya.
SPRM jumpa Idris untuk dapatkan maklumat |