TINDAKAN pemimpin kerajaan yang terus mengamalkan budaya pembaziran terutama ketika rakyat rakyat memerlukan bantuan untuk terus hidup ketika pendemik dikecam Ahli Parlimen Kapar.
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang merujuk isu berkaitan pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri - Sri Perdana di Putrajaya berkata, semua pihak tidak seharusnya berkompromi dengan pembaziran.
Pengubahsuaian kediaman rasmi itu yang menelan belanja sehingga 38.5 juta sama sekali bukan satu keperluan mendesak.
Wang tersebut katanya, wajar diutamakan kepada rakyat yang paling memerlukan bantuan kerana ramai antara mereka kini tidak dapat bekerja dan sukar mencari pendapatan.
“Waktu kita berdepan dengan kemelut Covid-19, dia buat ‘renovation’ rumah. Apa teruk sangat ke bangunan yang baru dibuat beberapa tahun lalu.
“Orang duduk rumah 20, 30 tahun, macam tu je tak ada ubah suai pun boleh hidup. Sebab kau bangsawan, kau boleh buat apa sahaja. Ini tidak boleh berlaku. Ini pembaziran luar biasa.
“Ianya jika berterusan akan memberi kesan buruk kepada derita rakyat yang mengharapkan pembelaan,” katanya dalam sesi bual bicara 'Borak Dahsyat'.
Baru-baru ini Kerajaan mengesahkan kerja-kerja baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana sedang dijalankan.
Dianggap pembaziran luar biasa |
Susulan pengesahan itu kerajaan dikritik teruk susulan kerajaan dipimpin Mahiaddin itu dianggap gagal membela nasib rakyat yang terkesan dari segi ekonomi dan hidup susulan pendemik Covid-19.
0 Comments