RADZI JIDIN digesa memberi penjelasan terperinci berhubung peningkatan mendadak kos menaik taraf dan membangun semula sekolah daif dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Gesaan itu dibuatJawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) susulan kenyataan Menteri Kanan Pendidikan itu yang memaklumkan kos purata menaik taraf sekolah daif dalam RMK12 meningkat 2.7 kali ganda kepada RM10.8 juta berbanding kos purata menaik taraf dalam RMK11, iaitu RM3.9 juta.
Kata JKPPH, angka disebut Radzi itu mendatangkan kecurigaan.
“JKPPH beranggapan bahawa situasi peningkatan kos yang begitu besar dalam proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara sama sekali mendatangkan kecurigaan dan boleh dipersoalkan.
“JKPPH mahu Menteri Kanan Pendidikan memberikan penjelasan yang terperinci mengenai perihal peningkatan kos yang mendadak ini,” menurut kenyataan mereka.
JKPPH dianggotai Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin; Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai); Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang; Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu) dan dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik(Ahli Parlimen Simpang Renggam).
Dalam kenyataan tersebut juga Jawatankuasa itu juga menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan 148 bangunan daif yang disenaraikan dan skop kerja berkenaan untuk penelitian awam.
JKPPH tuntut penjelasan terperinci menteri |
“JKPPH menyeru agar dana awam yang digunakan perlulah dilaksanakan secara telus dan berintegriti bagi mengelakkan pembaziran dan penyelewengan dana awam,” kata mereka lagi.
0 Comments