UMNO punca krisis di Melaka, kata Tey Kok View


PENGERUSI DAP
Melaka, Datuk Tey Kok View menyifatkan Kemelut politik yang berlaku di negeri itu sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu berpunca daripada masalah dalaman UMNO sendiri.

Menurut Kok View, kesimpulan mengenai UMNO menjadi punca kemelut politik itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO sendiri.

"Melalui panggilan pemimpin UMNO kepada saya pada 1 dan 3 Oktober, saya telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO pada malam itu.

"Setelah diperhalusi perbincangan tersebut dan mempertimbangkan, (jelas) bahawa UMNO adalah punca utama keadaan politik tidak stabil di Melaka," katanya.

Terdahulu, portal FMT dalam laporannya mendedahkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘meminta nyawa’ dari DAP bagi menyelamatkan kerajaan negeri Melaka daripada runtuh, malam sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan.

Perkara itu diberitahu Ketua UMNO Melaka Ab Rauf Yusoh dalam satu wawancara bersama Sinar yang dipetik portal itu.

Rauf berkata beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, selain menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak parti seteru mereka itu.

Sementara itu Kok View menegaskan hanya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dapat menyelesaikan isu berkenaan.

"Kami berpendapat pihak Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali Rustam merupakan individu yang paling sesuai mencari jalan penyelesaian untuk menjamin kestabilan politik Melaka.

"Justeru, nasib rakyat dapat dibela... lebih-lebih lagi kita sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan kami masih menaruh harapan agar dapat mengadap Tun untuk mendapat nasihat beliau," katanya.

Sebelum ini pengumuman Ab Rauf yang juga Speaker DUN Melaka berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dikritik kerana dilihat sebagai tindakan yang membelakangkan kepentingan rakyat.

UMNO dilapor cuba 'mintak nyawa' dari DAP
Pengerusi Badan Perhubungan KEADILAN Negeri Melaka, Halim Bachik menyifatkan ia sebagai melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat di belakang dalam tempoh pandemik ketika ini.

"Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudah pasti akan memberi kesan yang buruk dan demi survival politik, kepentingan rakyat telah diketepikan," katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.


 

Post a Comment

0 Comments