PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu membuat rayuan supaya anak-anak muda generasi baharu tidak lagi menaruh harapan kepada parti PAS.
Parti yang dirujuknya sebagai 'parti pak lebai' itu menurutnya bukan lagi berjuang untuk Rahmatan Lil Alamin sebaliknya berada dalam fekahnya yang sempit dan tidak mempedulikan hal kepincangan yang sedang berlaku di dalam negara.
Menurut bekas Timbalan Presiden PAS itu, parti berkenaan yang kini sebahagian kerajaan hanya mementingkan kuasa dengan apa cara sekali pun termasuk bersekongkol dengan perasuah dan mereka yang merosakkan demokrasi.
“Saya menyeru anak-anak muda apa sahaja kaum di Malaysia, negara ini perlu dipelihara dan dipertahankan jangan kita ketinggalan akibat kepincangan yang berlaku sekarang ini.
“Nyahkan parti pak lebai itu sebab mereka bukan berjuang di atas Rahmatan Lil Alamin.
“Mereka tidak peduli hal kepincangan seperti yang dipesan Saidina Umar, Saidina Ali Umar Abdul Aziz, tapi lebai-lebai PAS tidak peduli itu semua yang penting dapat kuasa dengan apa cara sekali pun bersekongkol dengan perasuah dan mereka yang merosakkan demokrasi,” kata Mohammad.
Beliau sebelumnya tampil dalam segmen Bual Bicara bagi Mengulas Isu Politik Semasa di Facebook Parti Amanah Negara.
Dalam segmen itu juga, Mohammed yang merupakan bekas menteri pertahanan mempersoal sikap pemimpin PAS yang membisu dalam isu 'Kertas Pandora'
“Pendedahan skandal Pandora Papers trillion wang Malaysia di bawa keluar nama-nama tersenarai tapi PAS tak kata apa-apa, Umno pun. Sedangkan ini wang negara.
“Anak muda kena buat sesuatu jangan biar, kalau ke jalan raya silakan! Buat sesuatu jangan diam ! Negara kita dah ‘lawlesness’.
Jangan letak harapan pada PAS, kata Mat Sabu |
“Inilah pesanan Bang Mat, kita binalah masa depan lebih baik, di akhir usia saya nanti yang tidak tahu bila penghujungnya, saya akan melihat kebangkitan anak muda berlaku di Malaysia tidak lama lagi,” kata beliau seperti dilapor Malaysia dateline.
0 Comments