Majlis Presiden digesa kaji semula MoU dengan Ismail Sabri


MAJLIS 
Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) digesa untuk mengkaji semula perjanjian persefahaman (MoU) antara gabungan itu dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Gesaan itu dinyatakan Pemuda parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu melalui usul yang diluluskan dalam konvensyen yang diadakan mereka.

Pemuda Amanah menyuarakan gesaan itu setelah melihat ahli politk yang sebelum ini berdepan kes berprofil tinggi di mahkamah telah dibebaskan.

Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Terengganu Muammar Qaddafi Mohd Nasir sebelumnya merujuk kes membabitkan Setiausaha Agong Umno,  Ahmad Maslan, yang  dibebaskan dari pertuduhan setelah dia membayar kompaun walaupun perbicaraan telah dimulakan.

sekiranya trend ini berterusan, akhirnya beberapa individu yang disebut sebagai “kluster mahkamah” ini akhirnya dibebaskan seorang demi seorang.

“Rakyat akan kecewa dengan perkara ini dan Pakatan Harapan akan dilihat turut menyumbang kepada trend membimbangkan ini kerana dilihat mempunyai perjanjian persefahaman bersama kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

“Pun begitu perlu diingatkan bahawa kebertanggungjawaban melalui MoU ini tidak sebesar pihak-pihak yang secara langsung turut menganggotai kerajaan pimpinan Ismail Sabri,” katanya dipetik laporan Malaysia dateline.

MoU dengan k'jaan Ismail perlu dikaji
Ahmad Maslan sebelum ini dituduh menerima sejumlah wang bernilai RM2 juta dari Datuk Seri Najib Razak yang dipercayai bersumberkan dana 1MDB, dia juga didakwa membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung wang diterima itu.

Ahmad Maslan dibebaskan dari pertuduhan baru-baru ini setelah dilapor membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta.

Post a Comment

0 Comments