Wilayah Sabah dan S'wak: perlu pindaan perlembagaan - Peguam

 


KENYATAAN Muhyiddin Yassin yang mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, bukan hanya negeri dianggap tidak bermakna.

Dua peguam yang berpengkalan di Sarawak, Lim Heng Choo dan Simon Siah dipetik laporan FMT berkata, pengiktirafan SAbah dan Sarawak sebagai wilayah memberi apa-apa makna kerana  kepada kemahuan negeri Borneo itu untuk  hak mereka.

Kedua-dua mereka menganggap apa yang dikatakan Muhyiddin sekadar ucapan lisan yang tidak akan mengubah apa-apa kerana kedua-dua 'wilayah' itu menurut Perlembagaan Persekutuan merupakan dua daripada 13 negeri di Malaysia.

Lim dipetik laporan itu berkata, untuk mengiktiraf Sarawak sebagai salah satu daripada tiga wilayah Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mesti dimasukkan ke dalam Perkara 160 (2) perlembagaan.

“Selepas pindaan dibuat, ini juga bermaksud bahawa belanjawan negara tahunan perlu dibahagikan sama rata kepada tiga wilayah, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Pada masa ini, Perkara 160(2) merujuk kepada persekutuan yang ditubuhkan bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, dan bukannya MA63.

Muhyiddin semasa lawatannya ke Kuching minggu lalu berkata beliau mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai wilayah.

Namun, beliau juga berkata kerajaan mungkin tidak dapat memenuhi permintaan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg untuk meminda Perkara 160(2).

Sebagai rekod, pindaan terhadap perkara 160 (2) hanya boleh dilakukan dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun,  Muhyiddin yang jumlah sokongan sebenarnya tidak diketahui dilihat sukar mengumpul majoriti bagi melaksana pindaan tersebut.

 Pengiktirafan Muhyiddin sekadar lisan- peguam
Peguam Simon Siah yang dipetik laporan sama berkata, ia memerlukan banyak pindaan terhadap Perlembagaan untuk mengiktiraf Sarawak secara sah sebagai wilayah Malaysia.

Sarawak dan Sabah hanya mempunyai sekitar satu per empat kerusi Dewan Rakyat, beliau berkata meminda perlembagaan akan memerlukan sokongan Ahli Parlimen yang mewakili kawasan di semenanjung.
 

Post a Comment

0 Comments