SEORANG Ahli Jawatankuasa Umno membidas ahli parti itu yang terperangkap dengan taktik musuh sehingga cuba menjadi pakar mengesahkan audio rakaman tular yang mirip suara presiden parti mereka.
Rafi Awang Kechik (Umno-Wangsa Maju) melalui satu perkongsian video di laman Facebooknya berkata, tindakan tanduk mereka yang berlagak pakar itu lucu kerana satu video klip memaparkan hubungan seks intim sesama jantina yang dikaitkan dengan seorang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah tersebar sebelum ini masih sukar disahkan walau disiasat oleh pakar forensik luar negara.
“Bila dapat klip audio ini, puak-puak benci Zahid macam menang loteri. Melompat terkinja-kinja seronok.
“Dalam keadaan laporan baru nak dibuat, dah ada ahli Umno yang mengesahkan bahawa itu suara sebenar. Ramai yang nak jadi polis.
“Tak timbul pula masa cerita pasal semburit dulu. Siasat sampai luar negara tapi masih tak dapat sahkan,” katanya.
Apa yang lebih malang kata Rafi, ramai pemimpin Umno sendiri yang terperangkap dengan percaturan musuh sehingga menyatakan desakan secara terbuka untuk Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri dari jawatan presiden parti itu.
Rabu lalu, satu audio rakaman yang mirip Zahid Hamidi dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular.
Melalui rakam tersebut, Anwar memuji cara zahid mengendalikan Perhimpunan Agung Umno yang diadakan baru-baru ini.
Anwar dan Zahid kemudian tampil menafikan sebagai individu dalam rakaman itu dan mendakwa rakamn itu direkacipta dan bertujuan membangkitkan rasa kurang senang ahli Umno terhadap presiden parti mereka.
Sebagai rekod, Umno berdepan pergolakan dalaman membabitkan kem pro Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pemimpin pro Bersatu yang digelar 'kluster kabinet'.
Sejak beberapa minggu lalu, ada gerakan cuba 'mengusir' Zahid dari jawatan presiden Umno .
Sementara itu tegas Rafi, sepatutnya ahli Umno mendesak individu dari parti rakan untuk meletakkan jawatan dan bukannya mendesak Presiden sendiri.
“Kenapa tak desak Muhyiddin letak jawatan? Kenapa tak desak Azmin letak jawatan. Sepatutnya kita orang Umno ini kena desak geng belah sana untuk letak jawatan, bukannya mendesak pemimpin sendiri.
“Kalau kata tak suka Zahid, tunggu pemilihan. Kenapa suruh berhenti sekarang,” katanya lagi.
Rafi Awang Kechik (Umno-Wangsa Maju) melalui satu perkongsian video di laman Facebooknya berkata, tindakan tanduk mereka yang berlagak pakar itu lucu kerana satu video klip memaparkan hubungan seks intim sesama jantina yang dikaitkan dengan seorang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah tersebar sebelum ini masih sukar disahkan walau disiasat oleh pakar forensik luar negara.
“Bila dapat klip audio ini, puak-puak benci Zahid macam menang loteri. Melompat terkinja-kinja seronok.
“Dalam keadaan laporan baru nak dibuat, dah ada ahli Umno yang mengesahkan bahawa itu suara sebenar. Ramai yang nak jadi polis.
“Tak timbul pula masa cerita pasal semburit dulu. Siasat sampai luar negara tapi masih tak dapat sahkan,” katanya.
Apa yang lebih malang kata Rafi, ramai pemimpin Umno sendiri yang terperangkap dengan percaturan musuh sehingga menyatakan desakan secara terbuka untuk Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri dari jawatan presiden parti itu.
Rabu lalu, satu audio rakaman yang mirip Zahid Hamidi dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular.
Melalui rakam tersebut, Anwar memuji cara zahid mengendalikan Perhimpunan Agung Umno yang diadakan baru-baru ini.
Anwar dan Zahid kemudian tampil menafikan sebagai individu dalam rakaman itu dan mendakwa rakamn itu direkacipta dan bertujuan membangkitkan rasa kurang senang ahli Umno terhadap presiden parti mereka.
Sebagai rekod, Umno berdepan pergolakan dalaman membabitkan kem pro Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pemimpin pro Bersatu yang digelar 'kluster kabinet'.
Sejak beberapa minggu lalu, ada gerakan cuba 'mengusir' Zahid dari jawatan presiden Umno .
Sementara itu tegas Rafi, sepatutnya ahli Umno mendesak individu dari parti rakan untuk meletakkan jawatan dan bukannya mendesak Presiden sendiri.
![]() |
Ramai ahli Umno terpedaya perangkap musuh |

0 Comments