Tan saman pengerusi Ikhlas kerana fitnah


AHLI PARLIMEN
Wangsa Maju, Tan Yee Kew bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah.

Tindakan itu susulan tindakan Ridzuan menghasut peniaga tapak lama Uptown Danau Kota dengan mendakwa kononnya beliau sebagai wakil rakyat telah menyalah guna kuasa dalam pemberian tapak niaga baru di Bazaria Wangsa Maju.

Tambah Tan, perkara itu telah dimaklumkan kepada peguam dan saman itu kini dalam proses untuk difailkan ke mahkamah.

“Saya sudah beri dokumen kepada peguam sejak 2 minggu lalu. Mungkin sehari dua ini kita akan fail ke mahkamah, selepas itu saya akan bagi surat tuntutan kepada beliau (Ridzuan),” katanya pada sidang media di Wangsa Maju semalam.

Katanya, tuntutan pemohonan maaf secara terbuka daripada Ridzuan juga akan dibuat.

Hadir sama pada sidang media tersebut, ialah wakil polis dari IPD Wangsa Maju, serta beberapa persatuan susulan kejadian samun membabikan pelajar di kawasan Parlimen berkenaan baru-baru ini.

Katanya, tindakan saman itu dibuat kerana Ridzuan juga didakwa menghasut peniaga sehingga 157 laporan polis dibuat terhadap beliau.

Tan berkata, beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Ridzuan atas dakwaan sama.

Sementara itu, Tan turut mengesa pihak polis menyiasat motif Ridzuan mengutif bayaran RM150 daripada peniaga dengan alasan mahu membantu mereka kembali berniaga di tapak asal.

“Ridzuan kata lebih 300 setuju jadi ahli Ikhlas. Saya difahamkan 49 orang sudah membuat bayaran. Saya minta polis siasat apakah motif dia kutip duit tersebut sebab semua orang tahu tapak lama sudah ditutup,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments