Koronavirus: KKM pertingkat tahap pemantauan


KEMENTERIAN
Kesihatan mengambil langkah proaktif memastikan wabak
Koronavirus tidak menular di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian akan menempatkan pasukan bertindak yang akan ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga.

Melalui hantaran di laman Facebooknya, Noor Hisham berkata, alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini diletakkan pada pemantauan tahap yang tertinggi.

Pelbagai unit kesihatan yang ditempatkan di KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain adalah berperanan bagi melindungi negara daripada pelbagai penyakit berjangkit yang lain dari kawasan berisiko tinggi.

Media antarabangsa melaporkan 139 kes baru berhubung dengan
Koronavirus dikesan pada hujung minggu lepas sejak virus itu dikesan Dis 2019 di Wuhan.

Wabak ini pada awalnya dilaporkan di daerah Wuhan, China.

Setakat kini, 3 telah dilaporkan maut di China, dengan 2 kes dilaporkan dikesan di Thailand dan 1 di Jepun.

Terdahulu, Noor Hisham berkata, keadaan influenza yang dilaporkan di Malaysia masih terkawal dan ia tiada kaitan dengan wabak di Wuhan.

Jelasnya KKM akan terus mengawasi jangkitan kuman dan mengemas kini semua maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments