PELUMBA Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez yang terlibat nahas di Litar Jerez semalam dilapor akan menjalani pembedahan di lengan kanannya.
Agensi berita Anadoludalam laporannya berkata, Marquez mengalami patah di bahagian lengan selepas terjatuh ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan semalam.
![]() |
Kecelakaan yang menimpa Marquez |
"Sekarang saya akan menjalani pembedahan. Saya berjanji kepada anda semua saya akan kembali secepat mungkin dengan lebih bertenaga," kata pelumba Sepanyol itu di Twitter ketika mengulas insiden semalam.
Juara dunia itu terlibat dua kali kemalangan pada perlumbaan semalam, beliau yang terbabas di peringkat pertengahan perlumbaan berjaya mengawal motosikalnya dan kembali menyertai perlumbaan sebelum sekali lagi terjatuh sehingga mencederakan dirinya.
"Semoga kita akan menyaksikan Marc Marquez kembali beraksi di Gran Premio Red Bull de Andalusia pada 24 Julai, Jumaat," kata MotoGP di laman webnya.
0 Comments