PIHAK berkuasa Indonesia mensasarkan tahun 2020 untuk melepaskan sebiji tayar motosikal yang tersangkut di leher seekor buaya sejak empat tahun lalu.
Reptilia liar yang dilihat di kepulauan Palu itu dianggar berukuran empat meter dan mula dikesan berenang dengan tayar tersangkut pada lehernya pada 2016.
Bagi merealisasikan usaha tersebut, pihak berkuasa turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang dapat menyelamatkan seekor tersebut.
Jakarta Post dalam laporan yang memetik Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA), Hasmuni Hasmar berkata, ganjaran itu dilancarkan kerana agensi terbabit tidak mempunyai sumber mencukupi untuk mencari buaya liar tersebut.

![]() |
Buaya yang tersangkut tayar |
Sebelum ini pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengeluarkan tayar tersebut dari leher buaya itu.
Pada 2018, seorang penjinak haiwan, Muhammad Panji atau lebih dikenali sebagai Panji Petualang cuba menyelamatkan haiwan pemangsa itu namun tidak berjaya.
"Kami juga telah bekerjasama dengan organisasi dari Australia tetapi gagal," kata Hasmuni.
Sementara itu, Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola berkata, tahun ini, buaya itu perlu ditangkap supaya tayar boleh dikeluarkan dari lehernya.
0 Comments