PENULARAN koronavirus baharu (New Corona Virus - NCOV) kini dilapor telah meragus nyawa enam mangsa di China.
Pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan perkara itu berkata, virus tersebut merebak dengan cepat dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 300 mangsa dijangkiti ketika ini. Koronavirus yang mirip virus SARS, dikesan di wilayah Wuhan, China, pada Disember.
Saintis Leo Poon, yang pertama kali menguraikan virus itu menganggapnya mungkin dibawa haiwan dan merebak ke manusia.
Sementara itu, Kerajaan China mengumumkan penangguhan perayaan Tahun Baharu Cina di Wuhan yang dijangka disertai ratusan ribu rakyatnya di bandar itu.
Ia sebagai langkah mengekang penularan wabak itu,
Agensi Pelancongan di Wuhan juga diarahkan tidak membawa keluar pelancong dari bandar itu bagi mencegah penyebaran virus misteri berkenaan.
Sistem pengesan haba dan saringan turut ditambah di sekitar kawasan awam, manakala polis trafik turut menjalankan pemeriksaan kenderaan yang keluar dan masuk bagi memastikan tiada haiwan ternakan dibawa keluar dari Wuhan.
NCOV juga dilaporkan tersebar di luar China, dengan Jepun, Korea Selatan dan Thailand sudah mengesahkan kes di negara masing-masing.
0 Comments