Ahli politik Iran tawar RM12j jika bunuh Trump



SEORANG ahli Parlimen Iran dilapor membuat tawaran ganjaran AS$3 juta (RM12 juta) kepada sesiapa yang membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut agensi berita ISNA, Ahmad Hamzeh membuat tawaran itu dalam satu ucapan di hadapan 290 ahli Majlis.

"Bagi pihak penduduk wilayah Kerman, kami akan membayar sebanyak itu jika anda berjaya berbuat demikian," menurut laporan itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada ganjaran tersebut ada mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi atau tidak.

"Jika kita mempunyai senjata nuklear, kita akan dilindungi daripada sebarang ancaman. Kita perlu meletakkan penghasilan misil jarak jauh dengan keupayaan membawa kepala peledak tidak konvensional dalam agenda negara ini. Ini adalah hak kita," katanya lagi.

Difahamkan, bandar Kerman di wilayah selatan ibu negara adalah bandar kelahiran komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron di Baghdad yang dilancarkan di bawah arahan Trump pada 3 Januari lalu.

Insiden pembunuhan itu membawa kepada serangan balas dendam menyasarkan pangkalan tentera menempatkan pasukan AS di Iraq pada 8 Januari lalu yang menyaksikan ketegangan di rantau Asia Barat itu terus tegang.

Post a Comment

0 Comments