KUMPULAN aktivis, Otai Reformis menyelar kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pengerusinya, Dr Idris Ahmad berkata, setelah lebih 18 bulan, tiada pencapaian membanggakan telah dilakukan kabinet, malah prestasi ditunjukkan dari segi ekonomi dan isu kritikal lain tidak memberangsangkan.
Situasi itu menurut Idris telah menyebabkan HARAPAN dikritik dan diperlekeh oleh rakyat.
“Kalau syarikat ada CEO baru, diberi tempoh masa 6 bulan. Ini sudah setahun setengah tak ada tanda-tanda tunjukkan keadaan makin pulih,' jelasnya.
Menurut Otai Reformis lagi, kegagalan Majlis Presiden HARAPAN membuat penjelasan dan penetapan tarikh peralihan kuasa diantara Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim (sementara) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu turut menjadi kecelaruan politik dalam negara.
Malah sikap beberapa ahli Majlis Presiden yang tidak tegas dan takut menyuarakan isu berkaitan tarikh peralihan kuasa perdana menteri memburukkan lagi situasi politik dalam negara.
“Tentang politik sekarang amat sedih, tengoklah DAP, kenyataan Lim Guan Eng dan Amanah oleh Mohamad Sabu. (Mereka) buat pusingan U sebab apa?
“Style Mahathir biarkan mereka lakukan kesalahan, tetapi fail dia pegang,” katanya pada program Bual Bicara Bersama Otai Reformis 1998 yang bertajuk “Dr M lepas jawatan Mei 2020? di Kuala Lumpur malam tadi.
Masa untuk tukar PM
Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.
Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.
Dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal menyusul dan diikuti PRU-15 tidak lama lagi, kegagalan memberi ruang kepada Anwar menerajui kerajaan bakal memberi kesan besar kepada HARAPAN termasuk berdepan kekalahan pada PRU akan datang.
Susulan kegagalan rakan sekutu HARAPAN - Warisan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis baru-baru ini dan beberapa PRK sebelumnya, ada penganalisis berpandangan ia sudah menjadi sebab jelas untuk tampuk pentadbiran negara di serahkan segera kepada Anwar.
Sementara itu, penulis buku “Anwar PM ke-8”, Shahbudin Husin berkata, walaupun Majlis Presiden HARAPAN menyedari penetapan tarikh peralihan kuasa tidak akan mengganggu pentadbiran kerajaan, mereka dilihat telah hilang fungsi kerana gagal melaksana tugas mereka.
“Bermula malam ini, kita akan mulakan gerakan untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa seperti mana Mahathir janjikan,” katanya.
Susulan kegagalan rakan sekutu HARAPAN - Warisan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis baru-baru ini dan beberapa PRK sebelumnya, ada penganalisis berpandangan ia sudah menjadi sebab jelas untuk tampuk pentadbiran negara di serahkan segera kepada Anwar.
![]() |
Shahbudin Husin |
“Bermula malam ini, kita akan mulakan gerakan untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa seperti mana Mahathir janjikan,” katanya.
Selain Dr Idris dan Shahbudin, turut menjadi panel pada program malam tadi ialah Ketua Berita JOM CHANNEL; Dr Siti Aini Omar dan Aktivitis NGO Kemanusiaan; Mustapha Mansor.
0 Comments