Perlis diiktiraf paling selamat di jalan raya


KADAR kemalangan yang rendah di Perlis menjadi sebab itu negeri itu diiktiraf sebegai paling selamat di jalan raya di negara ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata tahun lepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menobatkan Perlis sebagai negeri paling rendah kadar kemalangan dengan hanya 0.3 peratus yang menyaksikan jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.

"Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat  Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri-negeri lain," katanya kepada media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis.

Beliau berharap pencapaian dapat terus dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu ketika menyentuh Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, Surina berkata dalam masa tiga hari Ops itu dijalankan sejak 18 Jan lalu, 836 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan tiada kemalangan maut dilaporkan.

Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina yang berakhir pada 1 Feb ini tegasnya akan memberi fokus kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan  melanggar lampu isyarat.

Post a Comment

0 Comments