Polis jumpa rangka manusia di Balakong



PIHAK
Polis menasihatkan individu yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi mereka.

Ia susulan penemuan satu rangka manusia dipercayai lelaki di kawasan semak di Taman Seri Timah, Balakong dekat Kuala Lumpur, pada 16 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata rangka dengan jumlah tulang tidak lengkap itu ditemui oleh orang awam pada 10 pagi.

"Berdasarkan tulang rangka, jantina adalah lelaki dianggar berusia antara 25 hingga 45 tahun.

"Polis turut menemui baju kemeja lengan panjang jenama 'Polo', seluar panjang dan seluar dalam jenama 'Champin' serta tali pinggang jenama 'JEEP'," katanya dalam satu kenyataan siang tadi.

Menurut pihak polis lagi, tiada pengenalan diri ditemui bersama-sama rangka tersebut, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih dari enam bulan daripada tarikh ranggka itu ditemui.

Tambah Ahmad Dzafir, susulan penemuan rangka itu, polis kini menjalankan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai apa-apa maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat ASP Redzuan Mat Salleh di talian 019-2714100.

Post a Comment

0 Comments