Bersatu Balik Pulau mahu boikot calon parti sendiri?


PARTI BERSATU cawangan Balik Pulau dilapor mahu memboikot seorang calon diketengahkan parti itu bagi kerusi Parlimen Balik Pulau.

Ketua Penerangannya, Kamarulzaman Ahmad dipetik berkata, kesemua 22 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan jentera pilihan raya Parlimen berkenaan akan ditutup sekiranya pucuk pimpinan parti itu masih mahu mencalonkan bekas Pegawai Khas Zuraida Kamaruddin di kerusi itu.

“Tindakan pucuk pimpinan meletakkan calon bidan terjun secara tidak langsung memberi peluang kepada parti politik lain untuk menang mudah.

“Lebih sedih apabila pencalonan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan Ketua Bahagian Bersatu Balik Pulau yang juga ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim,” katanya dipetik MalaysiaGazette.

Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid difahamkan telah dinamakan sebagai calon untuk kerusi tersebut.

Sebelumnya difahamkan kerusi itu menjadi rebutan Bersatu serta PAS sebelum akhirnya menjadi milik Bersatu.
 
Susulan keputusan mencalonkan Muhammad Harris di kerusi itu, timbul pergolakan membabitkan Bersatu Pusat dengan Bersatu Bahagian.

Menurut Sumber Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan calon pada hari ini.

Dengan bantahan itu, tidak dapat dipastikan apakah Muhammad Harris akan kekal dicalonkan atau ditukar.

Sebelum ini, Mohamad Bakhtiar Wan Chik dari KEADILAN telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Mohamad Bakhtiar memenangi PRU14 dengan 25,471 Undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 6,464 Undi.

Manakala calon PAS diketengahkan parti itu pada PRU lalu telah hilang deposit apabila sekadar memperolehi 5,298.

Pusat didakwa tak berbincang dengan cawangan


Zuraida yang pernah menjadi 'boss' kepada
Muhammad Harris pada Mei lalu meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Walau bagaimanapun penyandang bagi kerusi Ampang itu bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu digantung berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) yang dilakukan kerana pembabitan berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.


Post a Comment

0 Comments