Johari Abdul ketua pembangkang baharu DUN Kedah


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul dipilih menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu.

Keputusan melantik wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dibuat selepas semua ADUN mewakili gabungan itu sebulat suara memilih beliau bagi mengisi kekosongan susulan pemecatan Bekas Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dari parti itu.

"Alhamdulillah, semua rakan dalam HARAPAN sebulat suara memberi peluang kepada saya sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah bagi menggantikan Datuk Phahrolrazi.

"Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik untuk memastikan perjalanan dewan seperti diharapkan...kita akan jadi pembangkang yang konstruktif dan terbaik untuk negeri kita," katanya dipetik.

Phahrolrazi pada Ahad dipecat keahliannya serta merta setelah didapati melanggar perlembagaan dan mengingkari keputusan parti serta melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti.

Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dalam satu kenyataan memaklumkan pemecatan itu dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2 (b) Jawatankuasa Pengurusan Nasional parti yang bermesyuarat semalam.

Johari Abdul Ketua Pembangkang baharu


Sementara itu, Johari yang pernah dilantik ketua Whip HARAPAN di Dewan Rakyat turut mengucapkan penghargaan atas sumbangan Phahrolrazi sepanjang tempoh menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah sebelum ini.


“Beliau (Phahrolrazi) telah memberikan pandangan dan idea bernas dalam dewan ini, lantas pihak pembangkang Kedah akan menyambung hasrat beliau dalam usaha memastikan peranan itu terus dimainkan sebaik mungkin,” katanya dipetik laporan Bernama.

Post a Comment

0 Comments