SEMUA bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Arau ditutup dengan semua bendera parti itu diturunkan.
Perkara itu dimaklumkan penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Shahidan Kassim dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
“Malam ini adalah malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.
“Kali pertama dalam sejarah,” tulis ringkas.
Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas, dipercayai langkah tersebut terkait dengan pemilihan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sebelum ini ada khabar angin mendakwa bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu adalah antara nama yang tidak dicalonkan semula oleh Umno dalam PRU pada 19 Nov ini.
Shahidan merupakan pemimpin'heavyweight'daripada BN, Dia walau bagaimanapun sebelum ini didakwa tidak sehaluan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Pada PRU-14, kerusi Parlimen Arau dimenangi Shahidan dengan majoriti 4,856 undi menerusi pertembungan tiga penjuru.
Shahidan memperoleh 16,547 undi selepas menewaskan calon KEADILAN, Datuk Dr. Abd. Rahman Daud (11,691 undi) dan Pas, Hashim Jasin (11,362 undi). Kawasan Parlimen Arau yang mula dipertandingkan sejak 1974 dan Shahidan telah menjadi penyandang di kerusi tersebut pada PRU7, PRU8, PRU13 dan PRU14.
![]() |
Adakah BN Arau bakal boikot calon |
0 Comments