Selepas 3 minit, pesawat Air Asia terpaksa berpatah balik


SEBUAH
pesawat milik syarikat penerbangan AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAB Langkawi) pagi tadi berpatah balik ke landasan selepas tiga minit berada di udara.

Pengurus LTAB Langkawi, Jefry Ramli berkata, pesawat yang dijadualkan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) membawa 156 penumpang dan anak kapal berlepas pada jam 9.17 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 9.20 pagi berkaitan masalah yang dialami oleh pesawat AK 9327 daripada menara kawalan trafik udara LTAB Langkawi.

"Bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Malaysia Airports, Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersedia dengan tiga jentera.

"Pada jam 9.30 pagi pesawat AK 9327 selamat mendarat dengan tiga jentera AFRS mengiringi pesawat berkenaan sehingga ke tempat parkir pesawat," katanya dalam kenyataan.

Bernama dalam laporanya berkata, tinjauan di LTAB Langkawi mendapati penerbangan AK9327 dijadualkan semula berlepas ke KLIA2 pada jam 4.45 petang ini.

Post a Comment

0 Comments