SATU inkues dijalankan pihak berkuasa London mendapati kematian seorang putera raja Arab di apartmen miliknya di Knightsbridge Julai lalu berpunca dari pengambilan dadah berlebihan.
Koroner Bernard Richmond QC memberi keputusan kematian berkaitan dadah di Mahkamah Koroner Westminster.
Menurut Inkues itu, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi, 39, anak pemerintah Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu sebelumnya dilapor mengadakan parti dadah dan seks dengan seorang lelaki bernama Yohan Escobar diapartmen mewah milikya, lapor The Sun.
Sheikh Khalid yang merupakan seorang pereka fesyen dan pemilik label Qasimi, ditemui mati oleh seorang tukang pencuci pada 1 Julai lalu.
Menyangkakan putera Arab itu sedang tidur, tukang cuci itu bagaimanapun terperanjat selepas menyentuh lehernya dan mendapati ia sangat sejuk.
Bedah siasat mencatatkan sebab kematian sebagai keracunan dadah, Ujian toksikologi mendapati paras GHB dalam tubuh Khalid tinggi, juga terdapat kesan penggunaan kokain.
Pegawai penyiasat Andrian De Villiers memberitahu inkues bahawa Khalid berparti dengan Escobar pada malam sebelum kematian beliau.
Escobar yang tidak merupakan orang disyaki ke atas kematiannya menyangka Khalid tidur sewaktu meninggalkan apartmen itu kerana terdengar pereka fesyen itu berdengkur.
Andrian berkata,”tidak terdapat tanda mana-mana orang memberi atau mendorong Khalid mengambil dadah tersebut”.
Bapa Khalid, Sheikh Dr Sultan Muhammad Al Qasimi memerintah Sharjah sejak 1972.
Putera sulungnya daripada perkahwinan pertama, Sheikh Mohammed bin Sultan bin Mohammed Al-Qasimi, mati kerana pengambilan dadah berlebihan sewaktu berumur 24 tahun pada 1999 di rumah keluarganya di Sussex.
0 Comments