K'jaan cari kaedah lebih baik berbanding lulus 'one -off' KWSP

KERAJAAN akan merangka satu cara lain bagi membantu rakyat yang terhimpit masalah kewangan berbanding meluluskan pengeluaran caruman mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah membuat semakan dan mendapati julah baki dimiliki pencarum sangat kecil jumlahnya setelah beberapa kelulusan untuk pengeluaran diberikan sebelum ini.

Beliau bimbang masa depan pencarum bakal terjejas sekiranya kerajaan sewenang-wenangnya memberikan satu lagi kelulusan untuk pengeluaran wang simpanan milik pencarum itu.

"Kalau kita tengok orang yang ada simpanan KWSP ini, duitnya sedikit sekali. Jadi saya perlu timbang di antara keperluan mendesak dan masa depan mereka.

"Saya periksa jumlah (simpanan KWSP) yang majoriti pencarum ada, jumlahnya sangat kecil. Jadi lebih baik kerajaan cari jalan lain bagi membantu mereka (pencarum),” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Terdahulu pada 11 Januari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memeterai usaha sama dengan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi menyokong Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Menurut pertubuhan berkenaan, melalui kes-kes dan aduan-aduan diterima mereka, masalah hutang tertunggak, kesusahan dan taraf ekonomi rakyat yang teruk adalah sangat tinggi terutama di era pasca pandemik.

Anwar bimbang masa depan pencarum
Pada Ahad pula,  Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) pula menyerahkan resolusi meminta kerajaan mempertimbangkan kelulusan pengeluaran wang caruman KWSP sehingga RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman  berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Post a Comment

0 Comments