Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula diagihkan hari ini


BANTUAN
kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan media pada Isnin berkata, beliau telah memutuskan agar pembayaran sumbangan yang sebelum ini dijadualkan pada Mac diawalkan pada Januari bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
 
Dalam kenyataan serupa, beliau turut memaklumkan Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion, akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima mulai hari ini.

"Penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama.

"Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari," katanya.

STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk melalui ruangan Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan melalui kenyataan serupa berkata, melalui penjenamaan semula itu, kerajaan turut merancang melaksana penambahbaikan kepada inisiatif itu.

8.7 juta individu bakal terima sumbangan
Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan terus menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah, terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

"Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup," katanya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Post a Comment

0 Comments