Jumpa siling lama, pencari barang purba pernah kena ganggu


SEORANG
pencari barangan lama menjumpai kira-kira 2 kilogram (kg) wang siling pelbagai jenias yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun

Memetik laporan Sinar, Jalil Wagiman, 51 berkata, kebanyakan wang siling tersebut daripada zaman negara-negara selat sekitar tahun 1845 dengan paling lama yang dijumpai setakat ini adalah berusia 174 tahun jenis 'Straits Settlements'

Menurutnya, siling itu ditemui tertanam di pekarangan kawasan rumahnya di Kampung Pondok Padang Nyiur, Luala Nerang.

Dia bersama rakannya, Mohd Rizal Che Ya, 47 menggunakan sejenis alat pengesan yang dikenali 'metal detector' untuk mengesan 'harta karun' yang tertanam di dalam tanah sewaktu masa lapang sahaja.

"Masa mula-mula mencari hasilnya tidak banyak dalam sekeping atau dua keping duit syiling tetapi kali ini memang terkejut kerana jumpa dalam kuantiti yang banyak.

"Saya tidak sangka pula boleh jumpa sebanyak ini kerana selalunya tengok dalam YouTube sahaja jumpa macam-macam.

"Saya rasa syiling sebelum zaman merdeka ini disimpan di dalam satu bekas sebelum ianya ditanam," jelasnya sambil berkata, hobi mencari 'harta karun' tersebut timbul selepas melihat kejayaan penduduk luar negara yang berjaya menemui barang-barang lama berharga .

Ketika mengulas hobi mencari barang-barang lama itu, Jalil tidak menafikan bahawa dia pernah diganggu, namun  percaya ia adalah sebahagian daripada adat pencari barang-barang lama.

"Saya ada terjumpa satu syiling lama di sebuah tapak rumah di tepi tangga rumah sebelum ini dan membawanya pulang ke rumah.

"Semasa di rumah dan mencuci syiling tersebut tiba-tiba ada barang jatuh terkena saya. Saya tidak hirau dan terus mencuci syiling, kemudian tiba-tiba barang lain pula jatuh. Saya anggap itu hanya ujian sahaja," katanya menurut portal itu.

Mengulas lanjut mengenai siling lama yang ditemui itu, Jalil berkata, dia kini dalam proses untuk mencuci siling-siling yang ditemui itu.

Post a Comment

0 Comments