Zaqwan buru gelaran juara ASB100 musim depan

 
PELUMBA
pasukan Honda Asia-Dream Racing (HADR), Zaqhwan Zaidi kini mahu merampas gelaran juara bagi kelas kelas ASB1000 pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2020.

Ia susulan sasaran baharu diletak pasukan itu keatas pelumba muda itu setelah beliau beraksi cemerlang dalam kejuaraan kelas itu pada musim ini.

Zaqhwan, juara dua kali kelas Supersport 600cc sebelum ini berkata, sasaran baharu itu menaikkan semangatnya dan beliau sanggup bekerja keras bagi memastikan impian pasukannya itu tercapai.

“Saya ambil ini sebagai cabaran untuk diri saya, walaupun dengan kategori baru iaitu ASB1000. Tapi saya akan cuba ambil gelaran juara musim depan. Motosikal pun baru, lebih berdaya saing.

“Saya yakin untuk menghadapi cabaran serta memberi cabaran yang lebih sengit kepada pelumba lain,” katanya.

Musim ini, Zaqhwan berada di kedudukan ketiga kelas ASB1000 pada ARRC, tempat ke-12 JSB1000 dan tempat ke-11 Suzuka 8 Jam.

Pada musim depan, dia  akan menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R iaitu jentera lumba dari siri CBR yang baru diperkenalkan pada Pertunjukan Motosikal Milan 2019 baru-baru ini

Post a Comment

0 Comments