MN dah berkubur, tak perlu selindung lagi, kata MB Perak


SEORANG pemimpin tertinggi Umno menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan oleh Umno dan PAS sudah berkubur.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga pengerusi Umno Perak berkata, perkara itu tidak perlu diselindung lagi.

“Saya kena ingatkan sekali lagi kepada semua orang. Tajuk penyatuan ini kena diingat. Penyatuan bermakna saling sokong menyokong, saling kukuh mengukuh dan saling memperkuatkan antara satu sama lain. Itu penyatuan.

“Tapi kalau penyatuan, nak ambil kerusi orang itu, nak ambil kerusi orang ini, apa benda? Kita saling melemahkan antara satu sama lain. Kita saling menindas antara satu sama lain.

“Penyatuan itu maksudnya mesti ada toleransi, saling percaya mempercayai, mesti ada niat untuk saling kukuh mengukuhkan, baru penyatuan,” ujar dalam  wawancara ekslusif yang disiar portal Sinar.

Memberi contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini, Umno katanya telah menawarkan lima kerusi kepada PAS, namun parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu dakwanya mahu lebih banyak kerusi walaupun PAS bukan parti yang mempunyai sokongan kuat di negeri itu.

"PAS bukan kuat di Melaka. Tidak kuat. Tidak boleh menang pun tapi oleh kerana dia tak nak, tidak cukup lima, nak lebih, dah tinggal berapa kerusi Umno ini?” katanya.

Hubungan PAS-Umno sukar nak diselamatkan
Hubungan PAS dan Umno semakin jauh apabila PAS bertanding dalam PRN Johor di bawah bendera Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Bersatu dan Gerakan. Gabungan itu akan menentang BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC .
 
Kedua-dua pemimpin parti itu sebelum ini saling membuat kenyataan sindir menyindir antara satu sama lain susulan kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Umno ibarat "Itik patah kaki yang mahu berenang sendirian' setelah diubati.

Post a Comment

0 Comments