Adik lelaki Ketua Pembangkang meninggal dunia

 


 KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan adik lelakinya, Rusli Ibrahim, yang meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Anwar sendiri melalui akuan Twitternya awal petang ini.'

"Adik saya Rusli Ibrahim baru sahaja menyahut panggilan ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi.

"Mohon teman-teman mendoakan ruhnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa.

"Al Fatihah," tulis Presiden parti KEADILAN itu.
 
Sementara itu sumber keluarga Allahyarham memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Ampang untuk urusan seterusnya.

Jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Ampang
Pihak keluarga turut merakamkan penghargaan buat doa dan ingatan sepanjang Allahyarham terlantar sakit sebelum ini.

"Moga Allah merahmatinya dan permudahkan segara urusan hendaknya," tulis mesej itu.

Rusli, 74 yang merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik sering menjadi jurucakap bagi pihak Anwar sepanjang bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipenjara.

Malah hubungan dua beradik itu juga dikatakan mesra berikutan umur mereka yang tidak banyak beza.

Post a Comment

0 Comments