DUA ANGGOTA trafik yang sebelum ini didakwa mengiringi orang awam dipercayai anak seorang ahli Parlimen dilapor diambil tindakan dengan ditempatkan di bahagian pentadbiran.
Media melaporkan tindakan itu dilakukan sementara menunggu siasatan terperinci selepas kertas siasatan dibuka.
Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan dalaman mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi dikeluarkan polis kontinjen Pulau Pinang bagi tugasan mengiringi individu berkenaan pada hari terbabit.
“Kertas siasatan tatatertib telah dibuka dan siasatan terperinci bagi memberikan keadilan.
“Sehingga siasatan selesai kedua-dua anggota trafik tersebut telah dilucut sementara daripada menjalankan tugasan hakiki dan di tempat di bahagian pentadbiran,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu klip rakaman dua anggota trafik mengiringi orang awam di Jalan Bukit Gambir itu tular sejak Sabtu.
Rakaman video berdurasi 20 saat yang dimuat naik pemilik akaun “anwarazeez” dipercayai anak kepada Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim memandu kenderaan dengan diiringi dua anggota trafik menunggang motosikal polis.
Ia menerima kecaman orang ramai.
Malah Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyarankan agar kerajaan memansuhkan khidmat polis pengiring kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat.
Steven menyifatkan perkhidmatan itu sebagai pembaziran terhadap tenaga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![]() |
Dah sampai masa menteri tanpa khidmat pengiring |
"Menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat, jauh lagi kaum kerabat mereka, semuanya bukan raja.
""You nak kejar masa, you keluar awal, kalau tak, you selesaikan masalah kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya boleh sampai ke destinasi dengan selesa. Tak perlu outrider," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
0 Comments