Tiada masalah sambung MoU jika RUU-ALP diluluskan


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) tiada masalah untuk berunding dengan Perdana Menteri berhubung pelanjutan memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan gabungan itu jika undang-undang antilompat parti diluluskan di Parlimen.
 
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam sidang media di Seremban semalam.

"Selepas undang-undang antilompat parti lulus (di Parlimen), selagi perdana menteri mahu berbincang dengan kita, kita bersikap terbuka.

"Tetapi undang-undang antilompat parti perlu diluluskan sebelum ada ruang untuk perbincangan," katanya dipetik.

Sebagai rekod, MoU ditandatangani HARAPAN dengan Ismail Sabri pada 13 September lalu bakal tamat pada 31 Julai ini.

Ia secara asasnya bertujuan untuk mengembalikan kestabilan politik setelah pertukaran kerajaan berlaku sekali lagi pada bulan sebelumnya.

Dengan pemeteraian itu, HARAPAN tidak akan menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat yang boleh membawa kesan terhadap survivalnya, seperti belanjawan.

Sebagai pertukaran, kerajaan akan mengusahakan sejumlah pembaharuan dan dasar yang sebelum ini dibawa HARAPAN.

HARAPAN ambil sikap terbuka dalam isu MoU


Ia juga menyentuh isu pengurusan Covid-19, pembaharuan kerajaan dan parlimen, Perjanjian Malaysia 1963 dan kebebasan kehakiman


Sebelum ini, Umno telah memutuskan agar MOU itu tidak dilanjutkan selepas mencapai tamat tempohnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen HARAPAN menegaskan bahawa MOU itu adalah antara kerajaan pimpinan Ismail dan bukan dengan Umno.

Post a Comment

0 Comments