AMK perlu jadi wadah selesai masalah rakyat - Adam Adli


PENTING
untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menjadi sebuah parti yang progresif, kata bekas aktivis pelajar, Adam Adli.

Justeru jelasnya, jika dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), beliau akan menggunakan segala pengalamanya sebelum ini bagi terus memperjuangkan nasib rakyat yang sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.

"Sebagai sebuah Angkatan Muda Keadilan (AMK), iaitu sayap pemuda bagi parti yang mana kita dipertanggungjawabkan dalam menyelesaikan masalah rakyat maka ia perlu menjadi sayap yang paling berani, paling progresif dan mampu mendepani masyarakat dari desa ke bandar, dari kota ke kampung.

"Dengan pengalaman yang pernah saya kutip sebagai aktivis baik ketika di kampus dan juga dalam badan sosial, pengalaman ini membentuk satu tekad bahawa saya perlukan wadah politik.

"Wadah ini bagi saya ia boleh sampai ke akar sistem tersebut dan ini lah yang saya rasa penting untuk dikongsi dengan KEADILAN dalam perjuangan mengeluarkan rakyat dari kemelut yang dihadapi hari ini," katanya.

Adam sebelumnya menghadiri sesi debat ketua AMK yang turut disertai pencabarnya, Fahmi Zainol.

Sebagai mana Adam, Fahmi juga merupakan seorang bekas aktivis pelajar.

"Menawarkan diri sebagai Ketua AMK bukanlah usaha untuk mengejar kedudukan atau jawatan tetapi ia datang dengan satu tanggungjawab yang sangat besar iaitu mengeluarkan rakyat dari kemelut ini, kemelut dihimpit kesusahan yang belum nampak penyudahnya dan trauma pengkhianatan politik.

Adam ketika sesi debat itu turut menyentuh konsep khemah besar yang kini menjadi perdebatan bukan hanya di kalangan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi juga dalaman parti KEADILAN sendiri.

Jelasnya, konsep khemah besar yang diusahakan beberapa pemimpin HARAPAN merupakan strategi politik gabungan tersebut untuk berdepan PRU15.

Namun katanya, apa yang lebih penting adalah pendirian dan prinsip-prinsip yang dibawa oleh wadah politik dianggotai oleh KEADILAN.

"Setiap kali kita membicangkan soal kerjasama politik dengan pihak lain, harus kita ingat di negara ini, setiap gabungan politik adalah gabungan yang dianggotai parti-parti politik yang berbeza. Dinamiknya berbeza.

KEADILAN wajar jadi parti progresif
"KEADILAN merupakan satu-satunya parti politik kontemporari yang merupakan gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat.

"Saya setuju dengan pendapat yang mengatakan apa juga perbincangan tentang kerjasama politik selepas ini tidak boleh merugikan rakyat dan harus menjauhi unsur-unsur khianat.

"Kita tidak boleh mengulangi trauma sebelum ini. Saya percaya rakyat sudah cukup bijak untuk menilai dimana kita nak letak halatuju kerjasama politik kita," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments