Dua anggota tentera laut Lumut dijangkiti H1N1


DUA
pegawai tentera laut yang bertugas di pangkalan Lumut, perak disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Perkara itu disahkan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia dalam kenyataan semalam.

Dinaklumkan juga pegawai berkenaan dijangkiti H1N1 sejak awal bulan ini selepas mereka dilapor pulang daripada bercuti di Johor.

“Setakat ini keadaan terkawal dan warga tentera laut melaksanakan rutin kerja seperti biasa, sehubungan itu masyarakat awam yang berurusan di pangkalan Lumut tidak perlu khuatir,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, pengurusan tertinggi tentera laut sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap warganya dari semasa ke semasa.

Bagi tujuan itu dufahamkan, mereka mendapat kerjasama Hospital Angkatan Tentera Lumut (HAT 96), dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.