AMK mahu jadikan Ampang 'pusara politik' Zuraida Kamaruddin

 


ANGKATAN MUDA KEADILAN
(AMK) Selangor menempelak kenyataan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Nor Hizwan Ahmad supaya seorang individu baru dinamanakn bagi menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Selain tidak perlu mencampuri urusan HARAPAN,  Pengarah Komunikasi AMK Selangor Mohd Khairool Ngadon berkata, Hizwan sepatutnya lebih risau dan memikirkan masa depan bosnya sendiri.

Ini kerana kata Khairool, AMK Selangor akan menjadikan Parlimen Ampang sebagai 'pusara politik' Zuraida.

“Kami mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Zuraida Kamarudin, Nor Hizwan Ahmad bahawa sudah tiba masa untuk melantik ketua pembangkang yang baru.

“Sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraida, Hizwan sepatutnya risau tentang masa depan politik bos beliau sendiri dan tidak perlu sibuk dengan urusan membabitkan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain.

"AMK Selangor akan memastikan Ampang menjadi pusara politik Zuraida sekiranya beliau kekal bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti,” kata Mohd. Khairool.

Untuk rekod, Zuraida adalah sekutu rapat Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Kedua-dua mereka meninggalkan KEADILAN dalam Langkah Sheraton pada Feb lalu, yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PH di peringkat pusat.

Akar Umbi KEADILAN menganggap kedua-dua mereka serta beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang meninggalkan parti itu sebagai 'pengkhianat'.

 AMK tekad pastikan Zuraida kecundang
Pada 15 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Zuraida Kamaruddin mengemukakan pernyataan pembelaan terhadap saman oleh KEADILAN berhubung tindakannya meninggalkan parti itu.

BACA: 
Mahkamah arah Zuraida fail pembelaan

"Telah sampai masanya pengundi Parlimen Ampang memilih wakil rakyat yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam membela kepentingan dan kebajikan mereka," tambah Khairool dalam kenyataan medianya. 

Post a Comment

0 Comments