MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempata, Zuraida Kamaruddin diarah mengemukakan pernyataan pembelaan terhadap saman berhubung tindakannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu bagi menyertai parti politik lain.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Norhatini Abd Hamid mengeluarkan arahan tersebut sebaik pengurusan kes tersebut dijalankan pagi semalam.
"Mengikut pengurusan kes pagi ini di hadapan Timbalan Pendaftar Norhatini Abd Hamid, dia telah memberikan arahan seperti berikut, (di antaranya untuk pernyataan) pembelaan yang akan diajukan pada 31 Desember 2020," kata Peguam mewakili parti itu, Chiew Choon Man dipetik laporan Malaysiakini.
Mahkamah juga menurutnya telah mengarahkan agar jawapan penggugat terhadap pernyataan pembelaan diajukan pada 15 Januari 2021, dan bahawa setiap permohonan interlokutori yang mungkin ingin diajukan oleh pihak terlibat mesti dilakukan selewat-lewatnya pada 29 Januari tahun depan.
Pada 2 Oktober lalu, KEADILAN mengajukan saman mahkamah sebanyak RM10 juta Ahli Parlimen Ampang itu kerana melompat parti.
Zuraida bersama 11 ahli parlimen lain yang diketuai oleh bekas timbalan presidennya, Mohammed Azmin Ali, meninggalkan parti itu pada bulan Februari untuk menyokong Bersatu, Umno-BN dan GPS dalam membentuk Perikatan Nasional.
![]() |
Zuraida perlu kemuka pembelaan |
Sementara itu jelas Chiew, pihak plaintif berjaya mengemukakan surat tuntutan saman itu pada Zuraida pada 1 Disember tahun ini.
Wakil Zuraida, Tetuan Zharif Nizamuddin, memfailkan Memorandum Penampilan pada 11 Disember.
0 Comments