KEADILAN S'wak tolak hasrat Larry Sng letak jawatan


ANGGOTA Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak sebulat suara menolak peletakan jawatan Ahli Parlimen Julau Larry Sng sebagai Pengerusi KEADILAN di negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangannya, Abun Sui Anyit seperti dilapor portal FMT lewat malam tadi.

Jelasnya, keputusan menolak hasrat Larry itu diputuskan secara bersama ahli MPP dalam mesyuarat tergempar diadakan dan KEADILAN negeri itu terus menyokong Ahli Parlimen Julau itu dengan mandat penuh.

Larry juga digesa meneruskan kepimpinannya sehingga pemilihan parti yang akan datang.

Pada Isnin, Larry menyuarakan hasrat melepaskan jawatan Pengerusi negeri.

Larry yang dipetik laporan media berkata, KEADILAN Sarawak wajar diketuai pemimpin Dayak memandangkan kira-kira 42 peratus penduduk negeri Sarawak adalah dari keturunan itu.

BACA: Letak jawatan, Larry Sng mahu KEADILAN S'wak lebih kuat

BACA: Jangan mudah dikelirukan musuh - KEADILAN S'wak

Langkah itu pada pandangannya dapat memperkuat sokongan rakyat Sarawak kepada KEADILAN terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri ke-12.

 KEADILAN S'wak terus sokong Larry
Sementara itu, Abun meminta ahli KEADILAN di negeri itu supaya bertenang, memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada semua kepimpinan parti dari peringkat pucuk pimpinan sampai ke bahagian  dan terus bersatu.

“Setiap ahli KEADILAN diperingatkan berterusan bahawa KEADILAN merupakan parti pelbagai kaum dan latar belakang yang mendukung setiap bakat kepimpinan berdasarkan merit keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya dalam kenyataan.
 

Post a Comment

0 Comments