Polis trafik ditahan pandu lawan arus


SEORANG anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya malam tadi, lapor sebuah portal.

Menurut BH online, anggota berusia 25 tahun itu tersebut memandu melawan arus selain disyaki berada dibawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya menerima satu rakaman video yang merakamkan aksi merbahaya itu yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam dekat Johor Bahru.
 
"Lelaki itu yang juga anggota polis trafik di Johor Bahru Selatan ditahan di Stesen minyak Lingkaran Dalam kerana memandu secara melawan arus dan disyaki di bawah pengaruh alkohol.

"Hasil siasatan mendapati anggota polis ini tidak bertugas semasa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

"Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang," katanya dalam satu kenyataan .

Susulan penahanan itu jelas Ayob Khan, Suspek yang ditahan kini disiasat.

“Suspek  disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih lima tahun.

“Selain itu, lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu dalam keadaan pengaruh mabuk. Jika sabit kesalahan boleh denda maksimum RM30,000 dan boleh dpenjara dua tahun serta hilang kelayakan memandu tidak kurang dua tahun,” katanya lagi.

 Anggota tersebut ditahan untuk siasatan
Terdahulu, video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial melihatkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus.


Kenderaan itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu kecemasan dibuka selain turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan U.

Post a Comment

0 Comments