PENGERUSI Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Wong Kah Woh mengkritik Pentadbiran Muhyiddin Yassin berhubung isu proses pemerolehan vaksin Covid-19.
Menurutnya, perjanjian kerahsiaan (NDA) yang disyaratkan untuk PAC oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum diberi penerangan mengenai proses pemerolehan vaksin itu tidak selari dengan tujuan memberi ketelusan.
"Semua prosiding akan diikuti dengan laporan yang akan disampaikan ke Dewan Rakyat.
"Perjanjian kerahsian tidak memenuhi tujuan ketelusan," kata Wong di Twitter.
Wong berkata demikian sebagai balasan atas ciapan Khairy di media sosial yang cuba memberi gambaran ketelusan kerajaan dalam proses mendapatkan bekalan vaksin itu.
Ia selepas ramai termasuk Ahli Parlimen Umno sendiri mempersoal isu tersebut.
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat sebelum ini mendakwa ada pihak meraih komisen RM500 juta menerusi pembelian vaksin Covid-19 bernilai RM5 bilion.
Khairy kemudian berkata, beliau mahu mendedahkan kos yang ditanggung Putrajaya dalam membeli vaksin berkenaan, namun tidak dapat berbuat demikian kerana terikat kepada perjanjian tanpa pendedahan dibuat bersama pihak pengeluar.
“Saya sedia memberi taklimat kepada PAC, yang dipengerusikan (pemimpin) DAP untuk memberi maklumat terperinci bagaimana Malaysia mendapat perjanjian-perjanjian tersebut.
“Saya harap saya dapat (mendedahkan nilai kos pembelian vaksin). Tetapi kita harus hormati kerahsiaan perjanjian yang kita tandatangani dengan pengeluar vaksin. Berharap dapat berikan penerangan kepada PAC, jika mereka setuju tidak dedahkan,” katanya di Twitter yang dirujuk Wong.
Sementara itu, Wong turut mengkritik istilah "dipengerusikan oleh DAP", dan meminta Khairy membetulkan kenyataannya.
![]() |
Wong bidas ciapan Khairy di Twitter |
"Ini adalah tradisi kita sejak Ronald Kiandee menjadi pengerusi. Saya harap anda membetulkan ciapan terakhir anda," kata Wong kepada Khairy.
0 Comments