Isu letak jawatan selesai, Larry mahu pemimpin Dayak dilantik Ketua Menteri


 
ISU
pengunduran Larry Sng dari jawatan Pengerusi KEADILAN negeri Sarawak tamat hari ini.

Selepas anggota Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebulat suara menolak hasrat Larry melepaskan jawatan itu semalam, Ahli Parlimen Julau itu bersetuju untuk terus mengetuai parti itu.

BACA:
KEADILAN S'wak tolak hasrat Larry Sng letak jawatan

Namun persetujuan Larry hadir dengan syarat yang mengejutkan.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN)  memenangi pilihan raya negeri itu pada tahun depan. negeri itu wajar dipimpin Ketua Negeri dari kalangan pemimpin Dayak
 
Jelasnya, sudah tiba untuk pemimpin Dayak menerajui Sarawak bagi mewujudkan kebersamaan dalam kalangan Bumiputera negeri itu yang diabaikan oleh kerajaan.

“Jika kita menang pilihan raya ini, beliau akan menjadi ketua menteri Dayak ke-3 dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri.

“Beliau (ketua menteri) tidak semestinya menjadi pengerusi parti negeri atau pengerusi HARAPAN, tetapi harus dari kaum Dayak,”

“Mereka (kaum Dayak) adalah kaum terbesar tetapi dipinggirkan di setiap bidang dan industri di negeri ini,” kata dalam satu kenyataan.

Larry sebelum ini berhasrat melepaskan jawatannya bagi membolehkan seorang pemimpin berbangsa Dayak memimpin parti itu di Sarawak, ia jelasnya mampu menarik lebih banyak sokongan dari kalangan kaum itu kepada KEADILAN terutama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan tahun hadapan.

Sementara itu, Larry menegaskan majlis pimpinan negeri KEADILAN sudah pun bersetuju dengan cadangannya itu.

Malah DAP Sarawak juga menyambut baik cadangannya itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut mengenainya pada bulan depan.

Sebagai rekod, Sarawak kini diterajui Abang Johari Tun Abang Openg, seorang Melayu dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dipetik laporan media pada 2014  berjanji akan melantik Ketua Menteri daripada kaum Dayak.

Menurutnya, perkara itu dipersetujui jawatankuasa DAP Negeri sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri di Ibu Pejabat DAP Negeri di Kuching.

 Larry terus terajui KEADILAN S'wak
“Soal siapa dan latar belakangnya adalah perkara kedua, tetapi kita sebulat suara akan memilih Ketua Menteri dengan kriteria utamanya adalah seorang kaum Dayak,” katanya ketika itu.

Difahamkan, Ketua Menteri dikalangan kaum itu yang pernah dilantik mengetuai kerajaan negeri ialah  Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan (22 Julai 1963 – 17 Jun 1966) dan Dato' Sri Penghulu Tawi Sli (23 September 1966 – 7 Julai 1970).


Post a Comment

0 Comments