Baghdad bergolak, rakyat bangkit tuntut perubahan



BAGHDAD  bergolak lagi susulan tunjuk perasaan antikerajaan di negara itu.

Situasi di ibu negara Iraq itu dilapor kucar kacir setelah penunjuk perasan menyekat jalan-jalan utama. Mereka turut membakar tayar, kayu dan sampah-sarap yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Tunjuk perasaan itu difahamkan sebagai penentangan terhadap tindakan keras kerajaan yang membunuh berpuluh-puluh orang awam sejak sebulan lalu.

Mereka difahamkan telah memulakan protes tersebut, kebanyakannya di Baghdad dan wilayah selatan, sejak Oktober lalu bagi menuntut perubahan ke atas sistem politik yang ditubuhkan selepas pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003.

Bantahan tersebut dianggap cabaran buat kerajaan di bawah pemeritahan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul-Mahdi yang mencecah hampir satu tahun.

Abdul-Mahdi sebelum ini dilapor enggan meletak jawatan tetapi berjanji untuk merombak Kabinetnya.

Post a Comment

0 Comments