Terhempas ketika padam kebakaran


SEORANG
juruterbang helikopter berdepan detik cemas apabila pesawat udara dikendalinya terhempas.

Memetik laporan AFP, ketika kejadian juruterbang itu sedang dalam operasi memadam kebakaran hutan di utara Australia.

Pihak berkuasa negara itu dipetik berkata, juruterbang hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dalam keadaan stabil.

“Helikopter itu terhempas ketika operasi mengebom air dari udara di kawasan terbakar di Pechey, hari ini,” kata jurucakap Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan Queensland kepada AFP.

Sementara jurucakap Perkhidmatan Ambulans Queensland berkata, helikopter penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian dan juruterbang yang mengalami kecederaan ringan turut diberikan rawatan.

“Kami memindahkan juruterbang yang mengalami kecederaan ringan ke Hospital Toowoomba,” kata jurucakap itu.

Menurut pasukan bomba, kebakaran yang berlaku di Pechey, utara Toowoomba, berlaku semalam dan keadaan menjadi bertambah buruk.

Pasukan bomba yang berada di kawasan kebakaran berusaha memadamkan api dengan bantuan pengeboman air daripada udara.

Queensland berada pada tahap amaran tinggi ketika keadaan kebakaran semakin teruk, dengan ramalan perubahan angin dijangka memburukkan lagi keadaan hingga menyebabkan kesukaran kemasukan ke negeri terbabit.

Post a Comment

0 Comments